Tuesday, October 27, 2009

gurau2 sblum beradu

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

Sunday, October 25, 2009

kek gulung mesra puding















(1) Bahan-bahan


1 paket agar-agar
1 atau 2 cawan susu HL
5 sudu gula (sekiranya ingin manis boleh ditambah)
5 cawan air
2 biji telur [dipukul]
2 camca besar tepung kastard - boleh digantikan dengan tepung jagung
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla

(2) Cara Memasak

Rendam agar-agar selama setengah jam.
Potong kek gulung. Susun ke dalam bekas yang tahan panas.
Tekan sedikit kek gulung tadi di dalam bekas tersebut dan curahkan sedikit air buah-buahan koktail pada kek gulung tersebut supaya apabila dicurahkan agar-agar nanti,kek tersebut tidak terapung.
Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur.
Masukkan gula. Kacau hingga mendidih.
Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati.
masukkan esen vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat.
Curahkan agar-agar tadi ke dalam bekas tadi dan biarkan ia sejuk dan membeku.

(3) Hidangan : 8 orang

(4) Sumber resepi ini adalah dari Mesra.net

KUNCI KEHEBATAN DIRI ANDA

Ketahui di mana pusat kehebatan anda.
Satu rahsia yang dibongkarkan.
Mesti baca!
Sumber utama JANAKUASA KEHEBATAN ANDA!!!!


Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri.

Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter . Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan.

Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia.

Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari setiap getaran sel yang berputar lawan jam iaitu 100 000 km per saat dari diri kita akan pantas menuju kepada kehendak yang membara di hati seseorang.

Setelah suis dah dipetik ia akan menghasilkan tenaga yang maha hebat. Suis ini bermula dengan niat yang dibentuk dalam diri seseorang. Niat adalah seperti tangan yang memetik suis tersebut.

Bagaimana untuk memastikan tenaga ini berkekalan supaya apa yang diniatkan (MATLAMAT) dapat dicapai?

Ianya adalah melalui ikrar yang diulang-ulang pada setiap hari. Kaedah ini telah diamalkan sewaktu kita menunaikan sembahyang 5 waktu. Iaitu semasa doa iftitah kita sering menyebut


Sesungguhnya solatku, ibadahku, Hidupku dan matiku kerana Allah
Tuhan seluruh semesta alam.


Janji ikrar ini sentiasa kita perbaharui setiap solat 5 waktu sehari semalam. Begitu indah sekali ajaran Islam yang mengajar kita untuk mencapai setiap kejayaan perlu ada JANJI DIRI untuk memastikan kekuatan rohani bagi mencapai sesuatu matlamat.

Jadi apa sahaja keinginan anda selagi tidak melanggar syarak, maka pastikan anda sentiasa melafazkan ikrar untuk mencetuskan tenaga maha hebat yang dibekalkan dalam diri anda. Janji diri akan melahirkan kekuatan dan kemantapan hati yang menjadikan anda lebih TABAH (persistence) dalam menempuh apa jua rintangan.

Misalnya anda ingin menjadi seorang penceramah yang hebat maka sentiasa ulangkan perkataan ” Saya janji akan pastikan diri saya akan menjadi penceramah nombor satu di Malaysia” katakan dengan tegas dan sepenuh jiwa raga dan sentiasa diulang-ulangkan paling kurang 5 kali sehari. InsyaAllah , saya amat yakin anda akan berjaya.


Artikel asal : mindataqwa






Saturday, October 24, 2009

...orang mengantuk disorongkan bantal...

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.


HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .
"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

Allahu a'lam.

Monday, September 21, 2009

ILTIZAM

Di Depan Sana Harapan Menantikan
Munculnya Wahana Sinar Kejayaan
Yang Bisa Bangun Setelah Direbahkan
Diratap Kecewa Sepi Sendirian

Iltizam Kita Perlulah Ditingkatkan
Sahsiah Kan Hebat Menyerlah
Iman Kita Itulah Kekuatan
Berjihad Di Segala Bidang

Bukalah Minda Kan Terlihat Rahsia
Apa Yang Difikir Menyingkap Yang Zahir
Betapa Bijana Kebijaksanaan
Mentafsir Perkasa Ilmu Diilhamkan

Nilai Hidupkan Bererti
Maruah Dihargai
Islam Terus Dihormati
Indah Dihayati

Iltizam Kita Perlulah Ditingkatkan
Sahsiah Kan Hebat Menyerlah
Iman Kita Itulah Kekuatan
Berjihad Di Segala Bidang

Bukalah Minda Kan Terlihat Rahsia
Apa Yang Difikir Menyingkap Yang Zahir
Betapa Bijana Kebijaksanaan
Mentafsir Perkasa Ilmu Diilhamkan

Nilai Hidupkan Bererti
Maruah Dihargai
Islam Terus Dihormati
Indah Dihayati

Sandiwara Tipuan Khayalan
Kejahilan Mainan Syaitan
Emosi Bukanlah Penyesaian
Wibawa Semoga Yang BerIltizam?